Wednesday 28 March 2012

BAB 9: Kaedah Penyelesaian Masalah
Subjek: Sains Pemikiran & Etika
Kumpulan : C

Setiap masalah yang dialami oleh manusia di muka bumi ini ada jalan penyelesaiannya. Terpulang kepada inidividu itu sendiri.

>>jom kita cari perbezaan antara masalah dan isu <<
  •     Masalah perlu satu penyelesaian yang agak segera
  •     Isu perlu ditangani dengan lebih berhati-hati
      •  "solve a problem and resolve an isssue"
                                      •  
    Sifat-sifat yang perlu ada untuk menyelesaikan masalah??

  • Motivasi yang kuat 
  • Trait yang positif
  • Jati diri
  • Membina kemahiran
Seseorang individu perlu mempunyai motivasi yang kuat untuk menyelesaikan masalah supaya mereka tidak akan pernah berputus asa. Mereka harus mencuba untuk menyelesaikan masalah sehingga berjaya. Trait yang positif bermaksud setiap individu perlu mempunyai sifat positif dalam menyelesaikan masalah. Individu perlu berada di dalam keadaan emosi yang stabil untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Jati diri juga penting supaya setiap individu tahu tahap keupayaan mereka dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Membina kemahiran  dengan mencari pelbagai alternatif dalam menyelesaikan masalah.

Terdapat berbagai-bagai kategori masalah antaranya, masalah misteri, tugasan ( assignment), kesukaran (difficulties), peluang ( oppurtinities), tidak pasti ( puzzles) dan dilema.



Model Penyelesaian Masalah Secara Saintifik dan Logik

Langkah 1: Mendefinisikan masalah
Langkah 2: Mengkelaskan masalah
Langkah 3: Tentukan objektif
Langkah 4: Tentukan ukuran Kejayaan
Langkah 5: Kutipan Data
Langkah 6 : Membuat keputusan
Langkah 7: Melaksanakan keputusan yang diambil
Langkah 8: Penilaian

3 faktor kita tidak dapat mencari jalan penyelesaian masalah
  1. Terlalu mempermudahkan masalah
  2. Tidak mahu melihat lebih jauh disebalik apa yang ada di depan kita
  3. Tidak menyoal semula andaian yang kita gunakan

6 jenis topi untuk mengklasifikasikan penyelesai masalah

  • topi hijau  >lambang pemikiran kreatif dan subur
  • topi kuning  > lambang pemikiran positif dan konstruktif
  • topi putih  > lambang pemikiran objektif
  • topi hitam  > lambang pemikiran negatif dan kritikal
  • topi merah  > lambang pemikiran emotif
  • topi biru  > lambang langit di atas

Penyelesaian Masalah Secara Islam
  1. Pendekatan hukum
  • bersifat rasional dan intelektual

   2. Pendekatan sufi
  • bersifat moral dan spiritual

                                                                                                             ditulis oleh: fazira bt haniffa  214495